*Alam Sanctuary @ Taman Alam Putra: Community Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

AUGUST NEWSLETTER

Go down

AUGUST NEWSLETTER Empty AUGUST NEWSLETTER

Post  Wyvernt Sat Aug 18, 2012 12:52 pm

Malay version

SURAT BERITA BULAN OGOS

Para penduduk Alam Sanctuary,

Dengan tertubuhnya Persatuan Penduduk Taman Alam Putra (Alam Sanctuary Residents Association)(“ASRA”) secara rasmi pada Jun 2012 dan pengambilalihan kawalan keselamatan daripada Permatanah Sdn Bhd, ahli jawatankuasa ASRA telah secara sukarela berusaha memastikan Alam Sanctuary sebagai kawasan kediaman yang terbaik dan sentiasa menjadi tarikan utama di Seri Kembangan yang juga dikenali sebagai Puchong South!

Fi Keselamatan Bulanan

Fi keselamatan pertama kalinya telah dikutip bermula bagi tempoh bulan Jun-Ogos 2012 telah dilaksanakan dengan lancar di mana kadar kutipan melebihi 90% bagi kediaman yang diduduki. Kutipan fi keselamatan suku tahunan seterusnya adalah bagi bulan September hingga Disember 2012 berjumlah RM320.00. ASRA dengan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penduduk yang telah membuat bayaran tepat pasa masanya .

Cara Pembayaran

Bagi penduduk yang masih belum membuat bayaran fi keselamatan bagi suku pertama (Jun hingga Ogos 2012) atau yang ingin membuat pembayaran bagi bayaran suku kedua (September hingga Disember 2012), anda digalakkan membuat bayaran seperti berikut:
1) CEK – di atas nama "Persatuan Penduduk Taman Alam Putra"; atau
2) TUNAI/DEPOSIT CEK – kepada akaun Malayan Banking Berhad, MBB : <562807-521818>

Penduduk hendaklah mengemukakan resit sebagai bukti pembayaran melalui:
a) Emel resit bank yang telah diimbas kepada:
-->a. Timbalan Bendahari ASRA – Chris Wong (asra_chriswss76@yahoo.com); atau
b) masukkan resit ke dalam sampul surat dan kemukakan ke pejabat jualan Permatanah di rumah Bandar (townhouse) Mandola.


Pelekat Kenderaan Baru & Tag Pagar Sekuriti berkuat kuasa pada 16 Oktober 2012

Selaras dengan hasrat dan aspirasi ASRA terhadap kawasan kediaman ini, pelekat kenderaan yang baru dan tag pagar sekuriti kepada penduduk akan diperkenalkan pada 15 Ogos 2012. Berkuat kuasa mulai 16 Oktober 2012, hanya pelekat kenderaan yang baru sahaja akan diiktiraf oleh pengawal keselamatan Alam Sanctuary. Mana-mana penduduk tanpa pelekat kenderaan yang baru ini hendaklah mendaftar di rumah pengawal untuk memasuki kawasan kediaman Alam Sanctuary. Ini bagi memastikan akauntabiliti dan integrity terhadap pelekat kenderaan yang dikeluarkan dan mengiktiraf penduduk yang membuat bayaran fi keselamatan bulanan tepat pada masanya. Sehubungan itu, pelekat kenderaan yang baru dan tag pagar sekuriti akan dikeluarkan kepada penduduk yang telah membuat bayaran bagi kedua-dua suku tahunan pertama (Jun hingga Ogos 2012 berjumlah RM250 termasuk RM10 fi keahlian ASRA) dan suku tahunan kedua (September – Disember RM320.00) pada atau selewat-lewatnya akhir Ogos 2012.

Makluman terkini perkembangan yang dilaksanakan oleh ASRA
Berikutan dengan pembayaran fi keselamatan, ASRA telah melaksanakan beberapa perubahan di beberapa kawasan dan cadangan aktiviti-aktiviti baru untuk faedah bersama penduduk Alam Sanctuary iaitu:

Gelanggang Bola Keranjang
i) Pemasangan poin plug elektrik; dan
ii) Pemasangan papan jaring bola keranjang.


Pengawal Keselamatan dan Pos Pengawal
i) Pembelian telefon bagi ASRA –no tel rumah pengawal (016-3143101);
ii) Dua basikal telah dibeli dan dimiliki oleh ASRA bagi tujuan rondaan keselamatan yang konsisten;
iii) Tambahan pengawal keselamatan bermula 1 Ogos 2012;
iv) Tambahan empat (4) pos pengawal ;
v) Penggantian pengawal keselamatan yang tidak memuaskan; dan
vi) Hiasan di rumah pengawal sempena Hari Raya Aidil Fitri


Keselamatan jalan raya
Pemasangan pada akhir Ogos 2012:
i) Cermin konveks (cermin laluan sisi);
ii) Penghalang kelajuan (speed breakers);
iii) Papan tanda had laju; dan
iv) Tempat melintas pejalan kaki.

Lanskap
i) Pelantikan tukang kebun sepenuh masa;
ii) Penanaman semula pokok-pokok mati oleh Permatanah Sdn.Bhd; dan
iii) Mengecat lantai padang permainan dan taman.

Pintu masuk dan keselamatan
i) Papan tanda ASRA yang baru;
ii) Pelekat kenderaan/motosikal baru, tag pagar sekuriti bagi penduduk yang membuat pembayaran fi keselamatan dan kad pelawat; dan
iii) Pas keselamatan baru bagi pelawat dan bas sekolah.


Acara & Aktiviti
i) Hari Keluarga Alam Sanctuary sempena Aidilfitri dan penyampaian basikal kepada pengawal keselamatan dan tag pagar keselamatan kepada penduduk – 9 September 2012, jam 4 - 7 pm.
ii) Latihan tarian bagi wanita setiap Jumaat, 8.30pm di gelanggang bola keranjang.


Akan Datang
i) Jalan masuk tiga lorong dengan sistem tag keselamatan yang baru dan pagar berhalangan .
ii) Dua (2) alat pemadam api di rumah pengawal.
iii) Pagar perimeter dengan dawai kawat.

Akhir kata, ASRA ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan seikhlasnya kepada semua penduduk Alam Sanctuary yang memahami dan menyokong ke arah menjadikan Alam Sanctuary sebagai kawasan kediaman yang terbaik dan sentiasa menjadi tarikan utama di Seri Kembangan yang juga dikenali sebagai Puchong South!



Liew Sheong Lam

Setiausaha ASRA
Cc: Steven Wong President ASRA & Ahli Jawatankuasa

======================================================================================================================

English version

Dear Alam Sanctuarians,

Monthly Security Fees

Our security fees collection for this first period of June - August 2012 had progressed smoothly with a collection rate of >90% for staying in residents! Our next quarter security fees collection would be for months of Sept -Dec 2012, which totals up to RM320/-. ASRA hereby thank the residents whom had the initiative to pay on time.

Mode of Payment

For residents whom have yet to pay the 1st quarter security fees OR who would want to make 2nd Quarter payment, you are encourage to make payment via

1) CHEQUE - to be issued to "Persatuan Penduduk Taman AIam Putra" or alternatively via
2) CASH/CHEQUE BANK IN - to MBB AC <562807-521818>



Bank in - Residents to funish receipt to ASRA

Residents are to furnish the receipt to ASRA as proof of payment via either ways:

a) Email scanned banked in receipt copy to
--> a. ASRA Vice Treasurer Ms.Christ Wong ( asra_chriswss76@yahoo.com) OR
b) Drop in physical copy in envelope to Permatanah sales office - Mandola townhouse.



New car stickers & Security Gate Tag effective 16th October 2012

In addition and In line with ASRA's vision for the enclave, a new car sticker and security gate tags for residents would be introduced coming 15th August 2012. Effective 16th October 2012, only the new car stickers would be recognized by Alam Sanctuary Security Guards. Residents without new stickers thereafter would be required to register themselves at the guard post. This is to ensure accountability and integrity on the car stickers issued & also to recognize households whom had paid the monthly security fees on time. As such, the new car stickers & security gate tags would be issued to residents whom had settled both 1st Quarter payment ( Jun-Aug RM 250 inclusive one time RM 10 membership fee) & 2nd Quarter payment ( Sept - Dec 2012 RM 320) by end August2012.

Brief updates on developments brought to you by ASRA

Arising from the above prompt security collection, ASRA had made progress in few areas as well as proposals for upcoming activities for the benefit of Alam Sanctuarians namely:

Basket Ball Court
i) Electric plug point installed
ii)New basketball board installed


Security Guards & Guard Post
i) Purchase of ASRA phone - Security Guard House mobile ( 016-3143101)
ii) Two ASRA owned & newly purchased mountain bikes for security guards to ensure consistent
Security rounding
iii) Additional 1 guard effective 1st August2012
iv) Additional 4 guard post
v) Replacement of guards for those below par
vi) Festive decor at guard house - upcoming Hari Raya Aidilfitri


Road safety
To be installed coming end August 2012
i) Convex mirrors
ii) Speed breakers
iii) Speed sign boards
iv) Zebra crossing


Landscaping
i) Hiring of full time gardener
ii) Replanting of dead trees by Permatanah
iii) Repainting of playground & park floorings

Entrance & security items
i) New ASRA signboard
ii)New car/bike stickers, gate tags for paying residents & visitors pass
iii)New visitor & school bus security pass

Events & Activity
i) Hari Keluarga Alam Sanctuary sempena Aidilfitri & in conjunction with official handover of mountain bikes to security guards & security gate tags to residents - 9th September 4-7p.m
ii)Ladies Dance exercise every Friday 8.30p.m at Basketball court

Coming Soon
i) Three lane entrance-exit with new security tag system & boom gate
ii) Two fire extinguishers at guard house
iii) Barb wires at perimeter fencing

Lastly, ASRA would like to hereby record our thanks and sincere appreciation to Alam Sanctuarians whom are understanding, supportive and instrumental in making Alam Sanctuary the best & most sought after residential enclave in Puchong South!



Sincerely,

Liew Sheong Lam


ASRA Secretary
Cc: ASRA President Steven Wong
& committee
Wyvernt
Wyvernt
Admin

Posts : 78
Join date : 2008-06-09
Location : Sri Kembangan

https://alamsanctuary.forumotion.com

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum